Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LARIAN SEMARAK HARI KEBANGSAAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 39, 2023

Larian Semarak Kebangsaan ke 39.png

TUTONG, 12 MAC 2023 - Limin Cardio Fitness (LCF) dengan kerjasama Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam (BDAF) telah menganjurkan Larian Semarak Hari Kebangsaan dengan disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayan, bagi bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 39 tahun,2023. 

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara tersebut Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Larian Semarak Hari Kebangsaan ini diungkayahkan bagi memeriahkan lagi acara Sambutan Hari Kebangsaan ke 39, yang termasuk di dalam salah satu pengisian Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan kali ke-39 dengan melibatkan semua lapisan masyarakat. Seramai lebih 300 orang telah mendaftar untuk menyertai Larian Semarak Hari Kebangsaan dengan disertai para belia, bagi menyokong hasrat mengamalkan cara hidup yang sihat menerusi kegiatan sukan dan riadah dengan semangat perpaduan serta cintakan negara.

Larian ini bermula dan berakhir di Kompleks Sukan Tutong. 

Acara larian ini dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, sesi pemanasan badan, dikuti dengan pelepasan bagi kategori Cabaran 6 km Lelaki Terbuka, Cabaran 6 km Wanita Terbuka dan dikuti kategori Fun Run sejauh 3km.

Tempat pertama pertandingan Cabaran 6km lelaki terbuka dimenangi oleh Sefli Ahar dengan catitan masa 21 Minit 57 Saat memenangi hadiah wang tunai BND300. Tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Haziq Syazwan bin Hermanti menerima hadiah wang tunai BND200. Dan wang tunai sebanyak BND100.00 bagi tempat ketiga Ruzaini Mahadi.

Bagi Tempat pertama pertandingan Cabaran 6km Wanita terbuka dimenangi oleh Tho Siaw Khim dengan catitan masa 29 Minit 27 Saat memenangi hadiah wang tunai BND300. Tempat kedua dimenangi oleh Alea Abdullah menerima hadiah wang tunai BND200. Dan wang tunai sebanyak BND100.00 bagi tempat ketiga Husna Abdullah

Turut hadir dalam Larian berkenaan Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan Ketua kampong Sengkarai.



Created at 12/03/2023 11:13 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 12/03/2023 11:13 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar