TUTONG, 21 Mei 2023 – Aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan berdekatan Sekolah Menengah Muda Hashim, Tutong dan kawasan belukar berdekatan letak kereta berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah dijalankan oleh pelbagai agensi Kerajaan di Daerah Tutong khususnya Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi, Pegawai-Pegawai dari Battalion Kedua, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, pihak Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong dan Majlis Perundingan Kampung Petani.
Aktiviti ini bertujuan bagi membisaikan lagi kawasan berkenaan dalam sama-sama membantu agar ianya akan lebih selesa dan dapat digunapakai untuk warga sekolah, hospital dan orang ramai serta mana-mana agensi yang berkepentingan.