Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KE MAJLIS DIKIR MAULUD DI DAERAH TUTONG SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM TAHUN 1440H / 2018M

IMG_0010.JPG

Tutong – Majlis Dikir Maulud Di Daerah Tutong Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallhu Alaihi Wasallam Tahun 1440H/2018M dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampong Keriam dengan Kerjasama Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Penjara serta Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Keriam diadakan pada hari Khamis, 8 Rabiulawal 1440H bersamaan 15 November 2018 bertempat di Masjid Kampong Keriam, Tutong.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dikir dimulakan selepas sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan disudahi dengan bacaan doa selamat sebelum sembahyang berjemaah Fardhu Isyak.

Di samping meluahkan rasa kecintaan serta taat setia kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, majlis juga bertujuan untuk sama-sama menghidupkan malam-malam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam Tahun 1440 Hijrah di samping memakmurkan dan mengimarahkan masjid bersama-sama dengan penduduk di Kampong Keriam.

Kunjungan rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke majlis tersebut juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pemimpin-pemimpin akar umbi serta penduduk-penduduk di kampong berkenaan.

Hadir sama ke Majlis Dikir Maulud tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Telisai, Yang Mulia Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong, Ketua-Ketua Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampong di Daerah Tutong.


Created at 19/11/2018 07:57 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 19/11/2018 07:57 by Hasnan Bin Engin