Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG BERSERTA ROMBONGAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 1440H/2019M BAGI DAERAH TUTONG.

IMG_0007.JPG

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya Tahun 1440H/2019M bagi Daerah Tutong telah diadakan pada hari Selasa, 8 Ramadhan 1440 bersamaan 14 Mei 2019 di Masjid Kampung Keriam, Tutong.

Hadir mengetuai rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ialah  Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis Tadarus Al-Quran tersebut juga diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Iman Masjid Kampung Keriam

Seterusnya rombongan juga mengadakan majlis bersungkai bersama penduduk kampung berkenaan dan seterusnya menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah.

Majlis Tadarus Al-Quran Bulan Ramadhan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Berserta Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya Di bawahnya merupakan salah satu usaha kementerian dalam  mendekatkan lagi hubungan silaturahim antara kementerian dengan kepimpinan akar umbi dan penduduk-penduduk mukim dan kampung di Daerah Tutong. Disamping itu juga ia adalah merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan kementerian dalam meraih kemanfaatan dan pahala di bulan Ramadhan.

Hadir sama di majlis berkenaan ialah Ahli-Ahli Yang Berhormat, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong,  Ketua-Ketua Jabatan di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-Pegawai Kanan serta  Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya, Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di Daerah Tutong, Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung dan ahli-ahli Takmir Masjid Kampung Keriam serta masyarakat kampung berdekatan.


Created at 15/05/2019 10:40 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 15/05/2019 10:40 by Hasnan Bin Engin