Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

TAKLIMAT ADAT ISTIADAT

IMG_0304.JPG

TAKLIMAT ADAT ISTIADAT BAGI MAJLIS RAMAH MESRA DAN JUNJUNG ZIARAH SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 73 BAGI TAHUN 2019

17 Jun 2019 – Taklimat Adat Istiadat bagi Majlis Ramah Mesra Dan Junjung Ziarah Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 73 Bagi Tahun 2019 bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong serta Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-ketua Kampung telah diadakan di kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.

Tujuan taklimat tersebut ialah untuk persediaan Pegawai dan Kakitangan termasuk Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung yang akan bertugas di majlis ramah mesra dan junjung ziarah.

Taklimat disampikan oleh Yang Mulia Awang Razali bin Haji Badar, Penolong Kanan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara bertajuk " Protokol (Susunan Kedudukan) dan Persediaan bagi Majlis-majlis rasmi yang melibatkan Keberangkan Kerabat Diraja dan Pembesar Negara" dan Awangku Mohd. Noor Ahmaddi bin Pengiran Ahmad, Pegawai Adat Istiadat menyampaikan "Terasul dan Bahasa Penganti Diri".

Hadir di taklimat tersebut ialah Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain, Pegawai Daerah Tutong, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah serta Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung dan Pemangku Ketua-Ketua Kampung.


Created at 18/06/2019 14:33 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 18/06/2019 14:33 by Hasnan Bin Engin