Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PEMANTAUAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN 73 KALI KHATAM

IMG_0097.JPG

29 Jun 2019 - Majlis pemantauan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 73 kali Khatam ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung, penuntut-penuntut sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi seluruh Negara telah diadakan secara serentak di empat-empat daerah selepas sembahyang Fardu Asar berjemaah.

Bagi Daerah Tutong, majlis pemantauan di adakan di Masjid Rancangan Perpindahan Negara Kampung Bukit Beruang, Tutong.

Hadir selaku Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazir bin Haji Muhammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai secara persendirian.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa khusus bagi memohon doa ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayat dan petunjuk Allah SWT.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai Daerah Tutong serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong.


Created at 01/07/2019 16:05 by Hasnan Bin Engin
Last modified at 02/07/2019 15:38 by Hasnan Bin Engin