gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Isnin, 28 September 2026 – Sesi Muzakarah Yang Berhormat Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong.

Sesi muzakarah tersebut dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Sesi berkenaan merupakan platform bagi membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan hal ehwal masyarakat di peringkat mukim dan kampung, di samping memperkukuh kerjasama serta penyelarasan antara pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Daerah Tutong, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung.

Sesi muzakarah seumpama ini juga diharap dapat mempertingkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat serta memastikan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan penduduk dapat ditangani secara berkesan dan bersepadu.