gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Your Title Goes Here

TUTONG, Ahad, 20 September 2026  – Pasukan Lamunin muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka bagi Daerah Tutong, Piala Rebutan Penghulu Mukim Keriam setelah menewaskan Pasukan Kiudang Warrior ‘B’ yang terpaksa akur di tempat kedua. Manakala tempat ketiga dimenangi bersama olah Pasukan Rambai III dan Jabatan Penjara.

Sementara itu, Penjaring Terbanyak diraih oleh Awang Mohd. Aqmal Kafau daripada Pasukan Lamunin; Penjaga Gol Terbaik, Abang Fakri bin Abang Haji Jainuddin daripada Pasukan Lamunin dan Pemain Terbaik disandang oleh Muhammad Ali Saizulfahli bin Ariffin daripada Pasukan Lamunin.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri pada acara yang berlangsung di Padang Futsal Sekolah Rendah Keriam.

Antara lain tujuan kejohanan anjuran Majlis Perundingan Mukim Keriam itu diadakan untuk meningkatkan mutu sukan futsal dalam semua peringkat umur termasuk belia-belia yang bermastautin di Daerah Tutong.

Di samping itu, ia juga bagi mencungkil bakat dan potensi dalam kalangan belia dan  penduduk-penduduk di keempat-empat daerah untuk diserapkan ke dalam kejohanan-kejohanan futsal yang akan datang.