Your Title Goes Here
TUTONG, Sabtu, 14 November 2026 – Satu majlis penyampaian sumbangan bagi membantu membiayai kerja-kerja pembaikan pendawaian letrik rumah kediaman Dayang Nurhiddayah binti Mohamad, yang beralamat di No.9 Simpang 66 Jalan Meragang, Kampung Sinaut, Mukim Keriam Tutong, telah diadakan pada hari ini.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Yang Mulia, Awang Khoo Eng Cheong dan Awang Sii Lik Hung kepada syarikat kontraktor yang dilantik bagi membiayai pembaikan pendawaian letrik di rumah Dayang Nurhiddayah akibat tanah susur. Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan dalam membantu memperbaiki keadaan kediaman keluarga berkenaan.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Yang Mulia Awang Haji Johor bin Haji
Kamis, Pemangku Ketua Kampung Sinaut dan Sungai Kelugos.
Sumbangan tersebut merupakan hasil sumbangan daripada beberapa individu, iaitu Khoo Eng Cheong, Patrick Choo Chee How, Sam Ying Kok, Sii Toh Seng, Sii Lik Hung, Kho Hok Kim dan Khoo Hock Seng.
Sumbangan dan keprihatinan yang diberikan ini diharap akan dapat memberikan keselesaan buat Dayang Norhidayah bersama dua anak beliau yang masih bersekolah dan diharapkan akan dapat membantu meningkatkan kesejahteraan keluarga
berkenaan.