Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS SEMBAHYANG FARDHU ASAR BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAASIN DAN DOA KHAS SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KALI KE-30, TAHUN 2023

Doa Khas Sambutan HPA 2023.png

​TUTONG, 30 SEPTEMBER, 2023 - Bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-30 pada tahun ini, Jabatan Perdana Menteri, melalui Jabatan Perkhidmatan Awam mengadakan Majlis Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin serta Membaca Doa Khas sempena Sambutan HPA Ke-30 bagi tahun ini secara serentak di Masjid-masjid utama di setiap Daerah.

Di daerah ini, Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam menjadi masjid tumpuan bagi majlis tersebut.

Hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam Kampung Sengkarai, Awang Abdul Raqib bin Haji Awang.

Sejurus selepas itu diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dipimpin oleh Awang Abdul Raqib dan diteruskan dengan Doa Khas sempena HPA yang dibacakan oleh Imam Tingkat I, Awang Abdul Hafiy bin Yahya. 

Turut hadir Setiausahasetiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan serta para pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam.

Created at 02/10/2023 10:36 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 02/10/2023 10:36 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar