Skip Ribbon Commands
Skip to main content

/Slider_images/Sungai Tutong.png/Slider_images/Selamat Datang ke Daerah Tutong.jpg/Slider_images/Bangunan JDT.jpg

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON KETUA KAMPUNG LAYONG DAERAH TUTONG

​Jabatan Daerah Tutong mempelawa semua penduduk Kampung Layong untuk hadir ke Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Layong yang akan diadakan pada Ahad, 30 November 2025, bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampung Layong, Mukim Lamunin, bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi bagi pengundian menggunakan kertas undi (ballot paper).

Bagi pengundi yang menggunakan aplikasi mudah alih E-Undi PMKK, tempoh pengundian akan dibuka selama tiga (3) hari bermula Jumaat, 28 November 2025 jam 8.00 pagi dan akan ditutup pada Ahad, 30 November 2025 jam 11.00 pagi.

Bagi pengundian menggunakan kertas undi (ballot paper), pengundi hendaklah membawa kad pengenalan masing-masing semasa hadir mengundi dan hadir sendiri ke tempat majlis diadakan. Bagi mereka yang bekerja sebagai anggota pasukan beruniform, kad lesen memandu boleh digunakan sebagai pengenalan diri. Borang undi juga hendaklah dikembalikan sebelum pengundian ditutup pada hari pengundian.

Borang daftar pengundi boleh diperolehi dan seterusnya dikembalikan kepada Yang Mulia Awang Mohd. Jaafar bin Haji Tinggal, Penghulu Mukim Lamunin, dan Awang Mohammad Noh bin Haji Md Taib, Pemangku Ketua Kampung Layong, atau di Tingka1, Bahagian Institusi Mukim dan Kampung, Jabatan Daerah Tutong, sebelum tarikh pengundian diadakan.

#eundipmkk #KetuaKampungLayong #JabatanDaerahTutong #MukimLamunin #KpgLayong #UndiPMKK #Tutong​


Majlis Pengundian Calon Ketua Kampung Layong, Mukim Lamunin, TutongWhatsApp Image 2025-11-15 at 10.24.25 AM.jpeg

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 4X4 BROTHERHOOD CHALLENGE

TUTONG, AHAD, 16 NOVEMBER 2025 -  Awang Norjamie bin Pakai (pemandu utama) dan Awang Birosleh bin Abi (pemandu bersama) dinobatkan sebagai juara Kategori Super Novice bagi Acara 4x4 Brotherhood Challenge 2025.

Manakala, juara bagi Kategori Hardcore pula diraih oleh Max Ben (pemandu utama) dan Lee Jun (pemandu bersama).

Cabaran berkenaan telah berlangsung selama tiga hari yang bermula pada 14 November 2025.

Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Hadiah bagi cabaran berkenaan, Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, pada majlis yang berlangsung di Dewan Bukit Beruang, di sini.


Majlis Penyampaian Hadiah 4x4 Brotherhood Challenge WhatsApp Image 2025-11-16 at 4.40.53 PM.jpeg

MAJLIS PENYERAHAN RUMAH 'PROJEK TEDUH'

TUTONG, ISNIN, 10 NOVEMBER 2025 – Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD) hari ini menyerahkan sebuah rumah baharu yang telah dibina semula kepada sebuah keluarga di Tutong sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Projek Teduh'.

'Projek Teduh' ini menunjukkan komitmen berterusan BIBD dalam usaha memperkasa komuniti serta memperkukuh kesejahteraan sosial.

Majlis penyerahan yang diadakan di  Kampung Bukit Udal, telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, selaku Pengerusi BIBD.


Projek Rumah Teduh IMG_0067.JPG

KEJOHANAN BADMINTON DI ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-32

TUTONG, AHAD, 9 NOVEMBER 2025 - Kementerian Pendidikan sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton di Antara Kementerian-kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) kali Ke-32 Tahun 2025 yang melabuhkan tirainya hari ini bertempat di gelanggang badminton Kompleks Sukan Tutong.

Perlawanan akhir tersebut menyaksikan saingan sengit antara dua buah pasukan dari Kementerian Pendidikan yang menyaksikan Pasukan MOE BeyondEdu berjaya menewaskan MOE EduShuttlers dengan keputusan 3 -2 menerusi lima perlawanan.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan perlawanan akhir kejohanan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.


Badminton HPA WhatsApp Image 2025-11-09 at 7.51.26 PM.jpeg

PERASMIAN JAMBATAN

TUTONG, SABTU, 8 NOVEMBER 2025 – Perasmian Jambatan Baru milik Awang Ahmad bin Madon telah diadakan di Jalan Bang Panggan, Kampung Rambai, Tutong. Jambatan tersebut telah dibina oleh Syarikat Arza Sdn. Bhd.

Hadir selaku tetamu khas pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.


Perasmian Jambatan Milik Awang Ahmad bin Madon IMG_0034.JPG

​ 


Surat Pemberitahuan.png

Borang Aduan.jpg


1k1p.jpg​ 

Facebook.jpg Instagram1.jpg