Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SIDANG MEDIA KEJOHANAN DART BERGU LELAKI TERBUKA BORNEO 2025

Sidang Media Kejohanan Dart Terbuka Borneo 2025.JPG

TUTONG, 25 Ogos 2025 – Jabatan Daerah Tutong, dengan kerjasama Persatuan Dart Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan disokong oleh Imagine Sdn Bhd, akan menganjurkan Kejohanan Dart Bergu Lelaki Terbuka Borneo 2025 yang dijadual berlangsung pada 29 Ogos hingga 31 Ogos 2025, bertempat di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. Ianya merupakan kejohanan kali kedua diadakan.

​Majlis sidang media bagi mengumumkan kejohanan ini telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong dan disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Objektif utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan para pemain dart tempatan serta mencipta jaringan serantau melibatkan peserta dari Borneo. Selain itu memperkukuh perpaduan dan semangat kesukanan di kalangan para pemain. Kejohanan ini juga diharap akan dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai sukan dart sebagai satu sukan berdisiplin yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dalam negara.

Penganjuran kejohanan ini juga dijangka akan menarik perhatian pelancong dan pemain luar negara, yang akan memberi impak positif kepada ekonomi.

Sebanyak 107 pasukan regu menyertai kejohanan dart kali ini termasuk 13 pasukan dari Sabah dan Sarawak.

Kejohanan ini dijangka akan menarik penyertaan beregu lelaki dari pelbagai peringkat kemahiran, termasuk pemain amatur dan profesional, dan diharap dapat menjadi platform pembangunan bakat serta pengiktirafan kepada pemain tempatan dalam arena sukan dart serantau. 

Dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak, Kejohanan Dart Beregu Lelaki Terbuka Borneo 2025 dijangka akan berlangsung dengan jayanya dan memberi impak positif kepada pembangunan sukan di Negara Brunei Darussalam secara keseluruhan.

Hadir sama di sidang media ialah wakil daripada Imagine Sdn Bhd., Yang Mulia, Awang Haji Azmierul Akmal bin Dato Paduka Haji Hamdan, wakil Ketua Pegawai Eksekutif, Imagine Sdn Bhd.


Created at 25/08/2025 13:52 by astri.andy
Last modified at 25/08/2025 18:22 by astri.andy