Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MALAM RENTAK NOSTALGIA 60AN

Malam Rentak Nostalgia 60an MPK Sinaut dan Sungai Kelugos.JPG

​TUTONG, 20 OGOS 2025 - Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sinaut dan Sungai Kelugos telah menganjurkan Acara Persembahan Pentas "Malam Rentak Nostalgia 60an" bertempat di Pentas Perayaan Daerah Tutong, sebagai sebahagian daripada acara keramaian Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-79 tahun 2025.

Acara ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan, disamping menjadi wadah mempereratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung serta memupuk semangat cintakan budaya dan seni muzik tanah air.

hadie selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan Isteri. Kehadiran orang ramai khususnya penduduk kampung sekitarnya turut mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap usaha MPK dalam menghidupkan semangat kebersamaan melalui aktiviti berbentuk kebudayaan.

Melalui penganjuran acara seperti ini, MPK Sinaut dan Sungai Kelugos berharap dapat terus mendukung hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan perpaduan masyarakat serta menyemarakkan lagi sambutan perayaan penuh keberkatan ini. 

Created at 24/08/2025 17:28 by astri.andy
Last modified at 24/08/2025 17:28 by astri.andy