TUTONG, 24 OGOS 2025 - Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Sulang, Menengah dan Panchong, Mukim Lamunin telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Sekolah Rendah Kampong Menengah, Mukim Lamunin menggunakan keadah kertas undi. Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telah pun bermula pada hari Jumaat, 22 Ogos 2025.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Mohd Azim Shah bin Abdul Rahman, Ketua Imam Masjid Kampong Menengah, Mukim Lamunin.
Calon Tunggal yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Bukit Sulang, Menengah dan Panchong ialah Awang Mohammed Ali Asma’e bin Haji Mohammed Nasir, berusia 35 tahun pada tarikh pencalonan.
Seramai 163 orang penduduk kampung daripada seramai 312 orang yang berdaftar dan layak mengundi calon untuk mengisi jawatan Ketua Kampung Bukit Sulang, Menengah dan Panchong. Yangmana 23 orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 140 orang menggunakan kertas undi.
Majlis pengundian dan pemilihan tersebut telah menyaksikan sebanyak 51 undi telah bersetuju. Manakala, 89 undi tidak bersetuju dan 5 dikategorikan sebagai undi rosak.
Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong selaku Pengerusi Majlis, Pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu Mukim Lamunin dan Pemangku-Pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Lamunin beserta penduduk kampung.
Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Sulang, Menengah dan Panchong akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya.