Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN KEBERSIHAN BERSEPADU

Kempen kebersihan Bersepadu.png

​TUTONG, 4 NOVEMBER 2023 - Kempen Kebersihan dalam skala besar dan secara bersepadu adalah diharap akan dapat meningkatkan community involvement atau community engagement agar masyarakat lebih aktif dalam mendukung usaha-usaha berkaitan kebersihan dan meningkatkan kebersihan persekitaran.

Sehubungan itu, salah satu acara Kempen Kebersihan telah dirasmikan hari ini oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar yang hadir selaku tetamu kehormat dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan​.

Acara perasmian diadakan di Dataran Balai Raya Gong 3, Kampung Lamunin​.

Objektif kempen ini ialah untuk memberi kesan positif dan menerapkan nilai rasa tanggungjawab kepada komuniti bagi amalan kebersihan kampung-kampung dan kawasan persekitaran disamping menggalakkan ahli komuniti untuk bersama-sama, memupuk rasa perpaduan dalam lokaliti warga kampung bagi menangani isu kebersihan.

Selain itu, kempen ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar yang bersih dan kesan kepada alam sekitar. Ia juga menyumbang kepada kesihatan dan keselamatan masyarakat untuk mengurangkan risiko isu kesihatan. Kempen juga dihasrat untuk menggalakkan perubahan yang berkekalan bagi orang awam untuk mengamalkan tabiat bersih.

Kempen inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-isu Kebersihan ini melibatkan sektor kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, institusi kewangan, penghulu dan ketua-ketua kampung, penduduk kampung, serta sukarelawan yang disertai lebih kurang 400 orang.

Lebih 406 kilogram sampah telah dikumpulkan pada akhir kempen berkenaan. Berikutan acara perasmian Kempen Kebersihan ini, setiap kementerian akan menjalankan kempen masing-masing mengikut jadual.

Turut hadir semasa acara perasmian Kempen Kebersihan ini ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dari Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pemangku Pegawai Daerah Tutong.


Created at 06/11/2023 10:49 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 06/11/2023 10:49 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar