Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGUNDIAN DAN PEMILIHAN CALON KETUA KAMPUNG BUKIT PANGGAL DAN LUAGAN DUDOK, DAERAH TUTONG

Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok.png

TUTONG, 5 NOVEMBER 2023 - Majlis Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok, Mukim Keriam telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok menggunakan kaedah kertas undi. Manakala, pengundian menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK telahpun bermula pada hari Jumaat, 03 November 2023.  

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Hj Hasmali bin Hj Talip, Imam Masjid Ar-Rahim Kampung Bukit Panggal. 

Calon tunggal yang layak bagi mengisikan jawatan Ketua Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok ialah Yang Mulia Awang Mohammed Dandarawi bin Hj Awang Nasar, berusia 31 tahun pada tarikh pencalonan.

Seramai 123 orang penduduk kampung daripada seramai 195 orang yang berdaftar dan layak mengundi telah mengundi calon untuk mengisikan jawatan Ketua Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok. Yangmana 22 orang telah mengundi menggunakan aplikasi mudah alih e-Undi PMKK dan 101 orang menggunakan kertas undi. ​

Majlis pengundian dan pemilihan tersebut telah menyaksikan sebanyak 91 undi telah bersetuju. Manakala, 29 undi tidak bersetuju dan 3 dikategorikan sebagai undi rosak.

Turut hadir Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong selaku Pengerusi Majlis; Pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Penghulu Mukim Keriam, Ketua Kampung dan Pemangku-Pemangku Ketua Kampung di bawah Mukim Keriam beserta penduduk kampung. 

Keputusan Pengundian dan Pemilihan Calon Ketua Kampung Bukit Panggal dan Luagan Dudok akan dihadapkan ke Lembaga Perjawatan, Disiplin dan Tatatertib Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi proses selanjutnya. 


Created at 06/11/2023 11:31 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 06/11/2023 11:31 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar