Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Majlis Khatam Al-Quran AJK Takmir Masjid Kampung Keriam.png

TUTONG, 12 NOVEMBER 2023 - Masjid Kampung Keriam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Jemaah Masjid Kampung Keriam Tutong Kali Ke-100, Tahun 2013-2023.

Hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Atur cara dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong.

Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan bacaan surah-surah lazim, Takhtim, Tahlil dan Doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohamad Fauzi bin Haji Anuar selaku Pengerusi Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Keriam, Tutong.

Ini diikuti dengan bacaan Dikir Syarafil Anam, dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Majlis Khatam Al-Quran berkenaan antara lain bertujuan untuk menggalakkan para jemaah agar sentiasa membaca Al-Quran dengan baik dan lancar, selain untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara jemaah Masjid Kampung Keriam.


Created at 15/11/2023 11:04 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 15/11/2023 11:04 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar