Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI KEJOHANAN BADMINTON DI ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PEKHIDMATAN AWAM KALI KE 30 TAHUN 2023

58_crop_resize.png

TUTONG, Ahad, 19 November 2023 - Sebanyak 19 pasukan daripada kementerian-kementerian berentap di Kejohanan Badminton antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Kali Ke-30 Tahun 2023. 

Hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan Pembukaan Rasmi Kejohanan di Dewan Sekolah Chung Hwa, Kiudang, Tutong, Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud. 

Kejohanan berkenaan mempertandingkan sebanyak lima kategori iaitu Perseorangan Lelaki, Beregu Lelaki 'A' (Kategori B2 dan ke atas), Beregu Lelaki 'B' (Kategori Bahagian III dan ke bawah), Beregu Wanita 'A' (Kategori Bahagian III dan ke atas) dan Beregu Wanita 'B' (Kategori Bahagian IV dan ke bawah). 

Kejohanan Badminton antara Kementerian-kementerian sempena HPA Kali Ke-30 berkenaan dianjurkan bersama oleh Jabatan Bandaran Tutong dan Jabatan Daerah Tutong dan dikendalikan oleh Kelab Badminton Sekolah Chung Hwa, Kiudang, Tutong.

Acara sukan berkenaan dihasratkan akan dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan silaturahim, kerjasama dan perpaduan warga Perkhidmatan Awam (PA) serta menggalakkan warga PA untuk sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan aktif melalui sukan badminton. 

Perlawanan separuh akhir dan seterusnya perlawanan akhir kejohanan diadakan pada Ahad, 26 November 2023. Juara kejohanan akan merebut hadiah Piala Pusingan yang disumbangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah. 

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, para pegawai kanan kerajaan dan pemangku ketua-ketua kampung di Mukim Kiudang.​
Created at 16/12/2023 14:54 by Noraisah Binti Osman
Last modified at 16/12/2023 15:00 by Noraisah Binti Osman