Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN KEBERSIHAN BERSEPADU


Kempen Kebersihan Bersepadu FEB 2024.png

TUTONG, SABTU 3 FEBRUARI 2024 - Kempen Kebersihan Bersepadu kendalian Jabatan Daerah Tutong (JDT) telah diadakan di kawasan Bangunan Kompleks Berjaya, dengan melibatkan beberapa buah agensi kerajaan di daerah berkenaan.

Kempen tersebut merupakan salah satu inisiatif dan usaha JDT dalam menjaga kebersihan dan keselamatan orang awam, memfokuskan kepada sampah sarap yang berselerak dan longkang-longkang yang kotor dan tersumbat.

Hadir bagi mengetuai kempen ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri. 

​Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, wakil-wakil daripada agensi kerajaan, antaranya Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Tutong; Pasukan Polis Diraja Brunei; Jabatan Kerja Raya; Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi; Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Tutong; Pejabat Kesihatan Tutong, pemimpin akar umbi serta Majlis Perundingan Mukim Pekan Tutong dan para peniaga di kawasan kompleks berkenaan.​


Created at 05/02/2024 12:18 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 05/02/2024 12:18 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar