Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PERSEMBAHAN TARIAN SINGA

Persembahan Tarian Naga 2024.png

TUTONG, ISNIN 12 FEBRUARI 2024 - Chung Hwa School Kiudang (CHSK) mengadakan Persembahan Tarian Singa sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang berlangsung di sekolah berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Atur cara dimulakan dengan persembahan Tarian Singa yang menarik dan bertenaga daripada Persatuan Amal Unity yang turut disertai oleh penuntut CHSK dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat.

Semasa persembahan tersebut, para tetamu berpeluang untuk berinteraksi dan memberikan sampul merah kepada kumpulan penari berkenaan yang mengelilingi perkarangan sekolah.

Acara antara lain diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina, selain untuk memperkenalkan budaya tarian singa kepada masyarakat.

Juga hadir, para ibu bapa / penjaga pelajar, guru-guru, lembaga-lembaga pengelola sekolah dan masyarakat.


Created at 14/02/2024 14:19 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 14/02/2024 14:19 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar