TUTONG, JUMAAT 16 FFEBRUARI, 2024 - Upacara Menaikkan Bendera
Negara sempena Sambutan
Ulang Tahun Hari Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam (NBD)
Kali Ke-40 Tahun 2024 bagi
Daerah Tutong diadakan bertempat di kawasan Kompleks
Dewan Kemasyarakatan.
Hadir selaku tetamu kehormat
ialah Pemangku Pegawai Daerah
Tutong, Awang Mohammad Sofian
bin Haji Basri.
majlis
dimulakan dengan bacaan Surah
Al-Fatihah dan Doa oleh Imam
Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan
Tutong, Awang Sahibol Omar bin
Haji Mohd. Yusof.
Acara kemudian diteruskan
dengan rombongan pembawa
bendera negara yang diketuai
oleh Penolong Pegawai Daerah
Tutong, Awangku Arif Anuar
bin Pengiran Haji Ahmad yang
seterusnya menyerahkan bendera
negara kepada Pemangku
Pegawai Daerah Tutong untuk
Upacara Menaikkan Bendera yang
disempurnakan oleh Pasukan
Polis Diraja Brunei (PPDB).
Turut serta dalam acara
tersebut ialah Pasukan-pasukan
Beruniform Sekolah Menengah
yang terdiri daripada para
penuntut Sekolah Menengah
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha,
Sekolah Menengah Muda Hashim,
Sekolah Menengah Sufri Bolkiah,
Sekolah Menengah Tanjong Maya,
Sekolah Menengah Sayyidina
‘Othman dan Mahad Islam Brunei.
Majlis juga disemarakkan
dengan lagu Bendera Negara oleh
Kumpulan Koir Wira Bangsa dan
para penuntut daripada Sekolah
Menengah Sufri Bokiah Tutong.
Tetamu kehormat juga
menyerahkan bendera negara
kepada Penghulu-penghulu
Mukim, Ketua-ketua Kampung dan
Pemangku Ketua-ketua Kampung
Daerah Tutong.
Hadir sama di majlis tersebut
ialah Ketua-ketua Jabatan dan
Cawangan Kerajaan di Daerah
Tutong, Penghulu-penghulu
Mukim, Ketua-ketua Kampung
dan Pemangku-pemangku Ketua
Kampung