Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGHARGAAN AJK PESTA ADAU GAYOH KEBANGSAAN

Majlis Penghargaan AJK Pesta Adau Gayoh 2024.png

TUTONG, 24 MEI 2024, - Majlis Penghargaan Ahli Jawatankuasa Pesta Adau Gayoh Kebangsaan diadakan bagi memberikan penghargaan kepada mereka kerana telah berjaya mengendalikan pesta tersebut.

​Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Tutong, dihadiri oleh tetamu kehormat, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Muhammad Usamah bin Haji Sarbini yang juga selaku Pengerusi Majlis berkenaan.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan ucapan daripada tetamu kehormat yang menzahirkan​ penghargaan kepada Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong selaku pengendali pesta, yang telah bekerja keras dan tanpa mengenal lelah dalam mempersiapkan segala-galanya, daripada perancangan hingga pelaksanaan Pesta Adau Gayoh yang diadakan pada Sabtu dan Ahad yang lalu.

Usaha dan dedikasi yang telah diberikan itu katanya, adalah sangat dihargai. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

​​Pesta Adau Gayoh yang diadakan itu adalah bukti keindahan dan kekayaan warisan budaya, di mana sambutan seperti ini menjadi platform untuk memperkenalkan budaya terutama sekali kepada generasi muda supaya tidak lapuk ditelan zaman.

Melalui pesta berkenaan dapat mempamerkan keunikan tradisi, makanan, muzik, tarian, dan pakaian tradisional yang mencerminkan identiti masyarakat dusun sejajar dengan tema pesta kali ini, ‘Melestarikan Adau Gayoh Sebagai Warisan Budaya’.

Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan yang juga selaku Ketua Kampung Sengkarai.


Created at 25/05/2024 11:39 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 25/05/2024 11:39 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar