Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PEMANTAUAN MEMULAKAN BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN 78 KALI KHATAM

Majlis Pemantauan Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 78 kali Khatam.png

​TUTONG, 6 JUN 2024 - Majlis Pemantauan Memulakan Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 78 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim Dan Kampung, Penuntut- Penuntut Sekolah Dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Tahun 2024 bagi Daerah Tutong diadakan bertempat di Masjid Hassanal Bokiah, Pekan Tutong.

Majlis Pemantauan Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran berkenaan adalah kesinambungan daripada Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran 78 Kali Khatam yang diadakan pada 21 Mac lalu di Masjid Hassanal Bokiah, Pekan Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia, Awang Ajman bin Haji Meludin, Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) Jabatan Perdana Menteri.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua-Ketua Kampung, ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta, peserta-peserta khatam, para jemputan, penduduk-penduduk kampung.

Majlis terdahulu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Tetamu Kehormat majlis, diikuti dengan Majlis Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran beramai-ramai secara persendirian, yang kemudian diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Awang Mohd Waiz bin Tajuddin, Ketua Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong.


Created at 08/06/2024 15:05 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 08/06/2024 15:05 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar