TUTONG, 19 JUN 2024 - Sesi Preview Latihan Persembahan Khas oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi persediaan Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 bagi Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Turut hadir ialah Yang Mulia, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.