TUTONG, 20 Jun 2024 - Mesyuarat Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Tutong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 Tahun 2024 Peringkat Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya, Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong.