Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENGANUGERAHAN PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK BCGCE PERINGKAT A DAN AS BAGI TAHUN 2023 PTE, Tutong.

Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang PTET 2023.png

​TUTONG, 6 JULAI 2024 - Hadir pada majlis ini adalah Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir adalah Yang Berhormat Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya’akub, Penghulu Mukim Ukong, Daerah Tutong; Awg Hj Roslan Bin Datu HLB Hj Abdul Wahab, PIBG-PTET; Cg Muhd Shahnofazli bin Haji Sabli, Pengetua Pusat Tingkatan Enam Tutong; dan Cg Koo Keung Eng, Timbalan Pengetua Akademik Pusat Tingkatan Enam Tutong dan ibu-bapa pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka.

PTET meraikan pelajar-pelajar sesi 2023 yang telah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan BCGCE peringkat A dan AS bagi tahun 2023. Seramai lapan orang pelajar-pelajar PTET yang mendapat anugerah cemerlang gred A/A* dalam 3 subjek dan keatas adalah Dyg Chua Mige, Awg Alvin Theo Kui Thian, Awg Muhammad Faisal bin Julaihi, Awg Muhammad Razien Amsyar bin Almasri, Awg Liew Jia Jun, Dyg Aisyah Adibah binti Muhammad
Daud, Dyg Vivian Yap Mei Yan, dan Awg Muhammad Asfa Radhi bin Mohammad Yusran. Selain dari itu, PTET juga memberikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang mendapat mata tarif 300 dan keatas, dan pelajar-pelajar yang mendapat kecermelangan dalam subjek peperiksaan BCGCE peringkat ‘O’, ‘A’ dan ‘AS’.
Sebahagian pelajar-pelajar juga turut menerima hadiah motivasi bagi program Privileged Guided Learning (PrivGL) 2023 atas peningkatan keputusan akademik yang terbaik, hadiah motivasi Mentor & Mentee terbaik dan Mentor yang mencapai sekurang-kurangnya 4 jam mentoring bagi program Peer Mentoring (PMP) 2023, hadiah motivasi sumbangan tutor-tutor PTET bagi pelajar-pelajar yang ada peningkatan dalam keputusan akademik mereka.

PTET juga memberi penganugerahan bagi tutor-tutor yang mencapai sasaran nasional bagi peperiksaan BCGCE peringkat ‘A’, ‘As’ Oktober/November 2023 Gred A* - C dan Gred A* - E, anugerah bagi jabatan yang mencapai sasaran nasional gred A*-E. Di samping itu, PTET juga menyerahkan anugerah ‘Hadion’s Mathematics Award’ dan ‘Bryan Hasyum Science Excellence Award (BHSEA) kepada Dyg Chua Mige. Manakala, anugerah khas persatuan ibubapa dan guru (PIBG) Pelajar Uswatun Hasanah diterima oleh Dyg Chua Mige dan Awg Ong Wei Eng.

Selain itu, majlis juga turut mendengar ucapan-ucapan yang diberikan oleh Pengetua PTET, Cg Muhd Shahnofazli bin Hj Sabli dan ucapan dari Pelajar Cemerlang 2023 iaitu Chua Mige. Para
jemputan juga sempat menonton tayangan klip video yang berjudul “Aku dan Takdirku” yang memberikan mesej pengajaran yang penting buat penuntut-penuntut. Klip video ini adalah merupakan projek yang diusahakan di bawah Jabatan Bahasa Melayu PTET dan dicipta oleh penuntut-penuntut PTET.



Created at 06/07/2024 20:11 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 06/07/2024 20:11 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar