TUTONG, 30 OGOS 2024 - Majlis Perundingan Mukim (MPM)
Lamunin dengan kerjasama Majlis
Perundingan Kampung (MPK)
Lamunin serta Belia dan Beliawanis
Era 70-an hingga 90-an Kampung
Lamunin Tutong mengadakan
Tamu Neka Ke-3 selama empat hari
bermula kelmarin yang berlangsung
di Pusat Kemasyarakatan Dataran
Gong Tiga, Kampung Lamunin.
Sehubungan dengan itu, majlis
pelancaran bagi Tamu Neka
Ke-3 berkenaan diadakan petang
tadi yang disempurnakan oleh
Pemangku Pegawai Daerah
Tutong, Awang Mohammad
Sofian bin Haji Basri selaku tetamu
kehormat majlis.
Atur cara dimulakan dengan
bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa
Selamat, diikuti dengan ucapan
alu-aluan oleh Pengerusi Bersama
Tamu Neka Ke-3, Awang Haji Abdul
Razak bin Haji Sulaiman.
Acara kemudiannya diteruskan
lagi dengan pelancaran Tamu Neka
Ke-3 oleh tetamu kehormat majlis
dan seterusnya mengunjungi geraigerai jualan.
Tamu Neka Ke-3 antara lain
diadakan bagi memberi peluang
kepada para penduduk Kampung
Lamunin dan beberapa kampung
di sekitarnya untuk menjalankan
aktiviti perniagaan, serta
mempromosikan produk masingmasing.
Selain itu, ia juga adalah untuk
menggalakkan minat para penduduk
kampung untuk menceburi bidang
keusahawanan.