TUTONG, 1 SEPTEMBER 2024 - Majlis Perundingan Mukim
Telisai dengan kerjasama Majlis
Perundingan Kampung (MPK)
Danau, MPK Telisai, MPK Bukit
Beruang dan RPN Bukit Beruang
mengadakan Pesta Belia Mukim
Telisai yang berlangsung di
Taman Rekreasi Tumpuan
Telisai, Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat
pada pesta berkenaan ialah
Pemangku Pegawai Daerah
Tutong, Awang Mohammad
Sofian bin Haji Basri.
Pesta yang diadakan selama
dua hari bermula kelmarin
berkenaan diisikan dengan geraigerai jualan dan permainan;
Night Walk; Pemanasan badan; Perlawanan Tarik Kalat Belia;
Acara Memanah; Pertandingan
Memancing; Perlawanan Bola
Tangan Pantai (Beach Handball);
Permainan ATV; dan Sukan ria.
Pesta antara lain bertujuan
untuk menerapkan nilai-nilai
murni dan berdikari para
belia serta penglibatan dan pendedahan awal kepada
para belia / beliawanis kepada
masyarakat.
Ia juga bertujuan untuk
mengumpulkan para belia di
mukim dan kampung dalam
satu aktiviti mukim dan memberi
peluang kepada penjaja untuk
menjana perekonomian.