TUTONG, 2 September 2024 - Soft Launching Kafe 3KUP (Kedai, Urusniaga dan Pemasaran) telah disempurnakan oleh Yang Mulia, Pemangku Pegawai Daerah Tutong bertempat di Aras Bawah, Bangunan Jabatan Daerah Tutong.
Ianya adalah bertujuan bagi menambahkan pendapatan pengusaha-pengusaha kecil di bawah Majlis Perundingan Kampung Sengkarai, Tutong.
Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Sengkarai, Tutong.