TUTONG, 8 September 2024 – Kempen bergotong royong menebang pohon buluh yang tumbuh liar yang terkena kabel elektrik telah selesai dilaksanakan di Jalan Binturan, Kampung Penanjong Tutong.
Ianya dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung Penanjong, melalui Biro Alam Sekitar dan Kebersihan dengan kerjasama Jabatan Elektrik Cawangan Daerah Tutong. Turut serta di acara kempen tersebut ialah penduduk-penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.