TUTONG, 18 SEPTEMBER 2024 - Majlis Perundingan Kampung Penanjong Tutong, melalui Biro Alam Sekitar dan Kebersihan, Biro Sukan serta penduduk-penduduk kampung telah mengambil inisiatif dengan menebang dan membuang pohon-pohon kayu yang rebah ke jalan raya dan persimpangan jalan serta kawat elektrik, mengakibatkan terganggunya bekalan eletrik dan menjejaskan kelancaran pengguna-pengguna jalan raya. Terdapat juga beberapa buah rumah yang mengalami kerosakan seperti atap terbang dan dihempap pokok kayu yang rebah akibat angin kencang yang berlaku kelmarin petang. Alhamdulillah, ianya dapat ditangani oleh pihak-pihak yang berkenaan dengan lancar hingga selesai. Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.