TUTONG, 26 SEPTEMBER 2024 – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menganjurkan acara penanaman pokok sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya terhadap kelestarian alam sekitar. Acara yang diadakan di Sungai Penyatang Tutong dengan kerjasama Green Brunei itu menyaksikan penyertaan sukarelawan dari BIBD, Universiti Brunei Darussalam (UBD), dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), dengan sokongan daripada Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Professor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Ra'es KUPU SB selaku Pengerusi Badan Penasihat Syariah BIBD dan Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.
Turut hadir di acara bekenaan Yang Mulia Hjh Noraini binti Hj Sulaiman, Timbalan Pengarah Urusan BIBD dan ahli-ahli Badan Penasihat.
Sebanyak 300 pokok telah ditanam semasa acara itu oleh pihak Bank Islam Brunei (BIBD), sukarelawan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) serta Pegawai dan Kakitangan Jabatan Daerah Tutong dalam menyumbang kepada inisiatif “660 Akar kepada Masa Depan Lebih Hijau” di bawah projek alam sekitar BIBD, Projek Alam Mampan. Dilancarkan pada Mei dengan penanaman sulung 40 pokok di Taman Mahkota Jubli Emas, inisiatif itu menyasarkan untuk menanam 660 pokok di seluruh Brunei menjelang akhir tahun.
Projek Alam Mampan ialah salah satu inisiatif utama di bawah rangka kerja ini, yang direka untuk menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Projek "660 Roots to a Greener Future" secara langsung menangani SDG 15: Life on Land, memfokuskan pada melindungi dan memulihkan ekosistem daratan dan menggalakkan penggunaan sumber semula jadi yang mampan.
Melalui Projek Alam Mampan, BIBD terus menunjukkan kepimpinannya dalam kewangan mampan dan tanggungjawab korporat, mengukuhkan visinya untuk menyumbang secara positif kepada objektif alam sekitar negara dan memastikan Brunei kekal sebagai negara hijau dan berkembang maju untuk generasi akan datang.