TUTONG, 27 SEPTEMBER 2024 - Majlis Penghargaan Mantan Ketua Kampung Penapar anjuran Majlis Perundingan Kampung Bukit Udal dan Penapar telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Penapar Tutong.
Hadir Selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan seterusnya menyampaikan penghargaan kepada Yang Mulia Awang Haji Mahmud bin Haji Abd Latif@Latip, Mantan Ketua Kampung Penapar.
Turut hadir ialah Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Razak bin Haji Mohammad Penasihat Majlis Perundingan Kampung Penapar serta ahli Majlis Perundingan Kampung Bukit Udal dan Penapar.