TUTONG, 11 OKTOBER 2024 – Kerja-kerja kemasyarakatan bagi pemasangan atap baru di rumah Dayang Nafsiah binti Timbul telah diadakan di Kampung Pengkalan Dong, Kampung Ukong Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Berhormat Haji Mohamad Danial@ Tekpin bin Ya'akub,Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Ukong dan seterusnya merasmikan pemasangan atap baru.
Kerja-kerja menggantikan zinc dan siling telah dikendalikan oleh Ahli-Ahli Majlis Perundingan Kampung Ukong, Pengawas Kejiranan serta penduduk-penduduk Kampung Ukong Tutong.