TUTONG, 22 OKTOBER 2024 - Forum Daerah-Daerah sempena Majlis Ilmu 2024 telah berlangsung di Dewan Ma’had Islam Brunei, Tutong.
Tema Majlis Ilmu 2024 iaitu "Menangani Gejala Mental" ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman, serta mendorong tindakan proaktif dalam menghadapi cabaran kesihatan mental dalam masyarakat Mental yang sihat mampu membantu keupayaan seseorang untuk menguruskan emosi, menjalani, menghargai dan menikmati kehidupan dengan cara yang positif, produktif dan seimbang.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib, Peguam Negara.
Turut hadir ialah Pengerusi Bersama; ketua-ketua jabatan dan bahagian; pegawai-pegawai kanan; pegawai dan kakitangan kerajaan; para jemputan khas; penduduk kampong di daerah tutong; majlis perundingan kampong; belia-belia masjid, muslimah; pihak swasta; pensyarah-pensyarah; penuntut-penuntut dari institut pengajian tinggi dan persatuan-persatuan.
Tajuk “#SharingPositivity #AntiSocial” telah di pengerusikan oleh Yang Mulia Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, Pusat Da’wah Islamiah, bersama tiga ahli panel iaitu Yang Mulia Ustaz Fariszal bin Ali, Penolong Kaunselor Penjara, Perkhidmatan Kaunseling Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negara; Yang Mulia Dr. Hajah Ummi Fa'izah binti Haji Abdul Rahman, Penolong Profesor, Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); dan Pengiran Salimatul Sa’ada binti Pengiran Mohd Salleh, Pegawai Psikologi, Pendidikan, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.
Antara inti pati ceramah yang bertajuk “#SharingPositivity #AntiSocial” ialah aktif dalam menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan mental dan gaya hidup positif adalah tanggungjawab bersama yang perlu digalas oleh semua pihak terutamanya dalam kalangan belia di Negara Brunei Darussalam. Menurut ajaran agama Islam, kesihatan fizikal dan kesihatan mental merupakan salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada hamba-Nya yang wajib disyukuri serta dijaga dan dipelihara oleh setiap individu.