TUTONG, 27 OKTOBER 2024 - Majlis Perundingan Kampung
(MPK) Bukit Udal dan Penapar
telah mengadakan Majlis
Penghargaan Mantan Ketua
Kampung Bukit Udal, Mantan
Pemangku Ketua Kampung Bukit
Udal dan Penapar dan Mantan
Penasihat MPK Bukit Udal, yang diadakan di Restoran I Love
Bistro,Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat
pada majlis itu ialah Pemangku
Pegawai Daerah Tutong, Awangku
Arif Anuar bin Pengiran Haji
Ahmad.
Majlis dimulakan dengan
bacaan Surah Al-Fatihah yang
diketuai oleh Awang Muhd Erfan
Izzatullah bin Haji Saiful Ashura,
diikuti dengan ucapan daripada
mantan Ketua Kampung Bukit
Udal, Awang Johno bin Perak.
Awang Johno dalam ucapan
beliau menyatakan bahawa di
sepanjang menjalankan tugas
beliau sebagai ketua kampung
berkenaan, beliau telah meraih
banyak pengalaman dalam
membantu pihak kerajaan
khususnya dalam mentadbir
Kampung Bukit Udal dalam
perkara-perkara yang
bersangkutan dengan tugas tugas yang diamanahkan untuk
dijalankan oleh seorang ketua
kampung.
Adalah tidak dinafikan juga
tambah beliau, dalam menjalankan
amanah sebagai ketua kampung
ini pelbagai cabaran dan tekanan
perlu dihadapi. Dengan ini,
diharapkan Kampung Bukit Udal
akan terus maju ke hadapan serta
dalam keadaan sentiasa harmoni
di bawah pimpinan ketua kampung
yang ada sekarang ujarnya.
Majlis itu juga diserikan dengan
tayangan slaid dan penyampaian
cenderahati serta sijil
penghargaan.
Juga hadir pada majlis tersebut,
Ahli Majlis Mesyuarat Negara,
Yang Berhormat Dayang Chong
Chin Yee; Penghulu Mukim
Tanjong Maya dan Ketua Kampung
Bukit Udal dan Penapar; serta
mantan Pemangku Ketua
Kampung Bukit Udal dan Penapar,
Awang Muhammad Azmi bin
Muhammad Yusof; mantan
Penasihat MPK Bukit Udal,
Awang Haji Ihsanul Bakti bin Haji
Abd. Aziz.