Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MINDS IN MOTION WALKATHON

Minds In Motion Walkathon 2024.png

​TUTONG, 24 NOVEMBER 2024 - The Lanes Hotel, dengan kerjasama Tutong Runners, berjaya menganjurkan Minds in Motion Walkathon.  Acara 5KM ini menyatukan peserta dalam meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mental di samping menggalakkan kecergasan fizikal dan semangat bermasyarakat. Peserta berdaftar, yang menyumbang $20 setiap seorang, menerima kemeja-T walkathon, baucar Dynamics $10, pelekat peringatan dan peluang untuk memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah.​

Majlis dimulakan dengan ketibaan Tetamu Kehormat,  Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan & Kebajikan) Kementerian Dalam Negeri; Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong; dan Yang Mulia Awang Zambri bin Haji Ibrahim, Pemangku Ketua Kampung Petani. Selepas Doa, taklimat keselamatan, dan sesi memanaskan badan, walkathon telah dimulakan secara rasmi pada jam 6:30 pagi.​

Cik Jasmine Sim, Pengurus Besar Hotel The Lanes, menyampaikan tanda penghargaan kepada Tetamu Kehormat, Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, sebagai menghargai kehadiran dan sokongan terhadap majlis tersebut.



Created at 24/11/2024 14:51 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 24/11/2024 14:51 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar