TUTONG, 24 NOVEMBER 2024 - Bagi memupuk kerjasama dan memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Ukong, Majlis Perundingan Kampung Ukong telah mengadakan Hari Terbuka Ukong Mamagon 2024. Ia bertempat di Gelanggang Sukan Kampung Ukong, Daerah Tutong.
Turut hadir merasmikan majlis tersebut ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Jabatan Daerah Tutong, Awang Haji Haizul Rizal bin Haji Yahya. Turut hadir Yang Berhormat Awang Haji Mohamad Danial @ Tekpin bin Ya'akub, Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan selaku Penghulu Mukim Ukong Yang julung kali diadakan, majlis itu diharap dapat menghargai keunikan yang terdapat di kampung dan kawasan sekitarnya. Selain persembahan kebudayaan, gambar-gambar lama dan barangan antik turut dipamerkan.