TUTONG, 8 Disember 2024 - Program Mukimku Ceria anjuran Majlis Perundingan Mukim Rambai dengan kerjasama Kelab Team Trail Kilometer (TTK) Offroad & Adventure sempena Brunei Disember Festival 2024 telah diadakan di Kampung Kuala Ungar, Mukim Rambai Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kereta Tahan Lasak Pacuan Empat Roda.
Turut hadir di acara berkenaan ialah Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong serta penduduk kampung di sekitarnya.