TUTONG, 11 Disember 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tutong (District Disaster Management Committee - DDMC) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Tingkat 4, Jabatan Daerah Tutong.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia, Awangku Arif Anuar bin Pg Haji Ahmad, Pemangku Pegawai Daerah Tutong dan taklimat cuaca disampaikan oleh Jabatan Kajicuaca.
Hadir sama di mesyuarat tersebut ialah agensi-agensi Kerajaan.
Mesyuarat juga membincangkan mengenai persiapan menghadapi banjir dari setiap Ahli-Ahli DDMC Tutong.