TUTONG, 21 Disember 2024 - Majlis Ramah Mesra PKWE 2024 anjuran Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Warga Emas telah diadakan di Dewan Serbaguna, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis ialah Yang Mulia Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang Peraduan Menggubah Bunga dan Peraduan Masakan.
Antara tujuannya adalah disamping bagi mengeratkan lagi silahturrahim yang sedia ada dikalangan ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas dan juga sebagai tanda kesyukuran bagi mengenang dan menghormati jasa bakti golongan warga emas terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Dan juga menjadikan majlis ini sebagai kegiatan atau program tahunan bagi pusat ini.