Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-19 KELAB MOTOSIKAL KEKAL

Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-19 Kelab Motosikal KEKAL.png

TUTONG, 1 FEBRUARI 2025 - Kelab Motosikal KEKAL dihasrat akan dapat berkembang dari umurnya yang ke-19 tahun dan akan dapat memberikan impak atau pengaruh yang positif kepada semua lapisan masyarakat terutama kepada belia-belia yang ada di Daerah Tutong khususnya dan di negara ini umumnya.

Perkara berkenaan dijelaskan oleh Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri semasa berucap selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-19 kelab berkenaan yang berlangsung di Zake Pool and Snooker, Bangunan Central Mall Tutong.

Pada majlis berkenaan, pelancaran Kotak Tips KEKAL dan penyampaian patches-patches disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Majlis diteruskan lagi dengan acara memotong kek sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-19 Kelab Motosikal KEKAL dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.


Created at 03/02/2025 11:35 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 03/02/2025 11:35 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar