TUTONG, 26 FEBRUARI 2025 - Majlis Perundingan Mukim Telisai
Tutong dengan kerjasama Jabatan
Daerah Tutong dan Majlis-majlis
Perundingan Kampung di bawah
Mukim Telisai telah menganjurkan
Pesta Satay Mukim Telisai
sempena Brunei Gastronomy
Festival (BGF).
Hadir selaku tetamu kehormat
dan seterusnya merasmikan
Pesta Satay Mukim Telisai ialah
Pemangku Pegawai Daerah
Tutong, Awang Mohammad
Sofian bin Haji Basri.
Terdahulu, Ketua Kampung
Telisai, Awang Sofian bin Haji
Md. Yusof selaku Pengerusi
berucap tujuan diadakan pesta
ini adalah bagi mendedahkan dan
memperkenalkan pengusaha pengusaha khusus pengusaha
produk sate dari seluruh negara
dalam satu acara.
Seramai tujuh pengusaha sate
telah menyertai pada acara ini
terdiri daripada pengusaha dari
Mukim Telisai dan Daerah Brunei
dan Muara dan juga Daerah
Belait.
Adalah diharapkan acara seperti
ini dapat mempromosi produk
masing-masing serta dapat
dimanfaatkan oleh para penjaja
khususnya dari
Mukim Telisai dalam
mengembang majukan perusahaan
mereka dari semasa ke semasa.
Turut hadir, Pemangku Penolong
Pegawai Daerah Tutong, Awangku
Arif Anuar bin Pengiran Haji
Ahmad; Setiausaha Lembaga
Bandaran Tutong, Pengiran
Mahdini bin Pengiran Haji Ali;
Pegawai-pegawai Kanan Jabatan
Daerah Tutong, Ketua-ketua
Kampung dan penduduk penduduk kampung.