TUTONG, 6 MAC 2025 - Majlis
Tadarus Al-Quran bulan Ramadan
rombongan Kementerian Hal
Ehwal Dalam Negeri (KHEDN)
dan jabatan-jabatan di bawahnya
berserta Majlis Perundingan
Mukim dan Kampung Tahun 1446
Hijrah /2025 Masihi di Daerah
Tutong telah diadakan pada
hari ini, bertempat di Masjid
Kampung Penapar, Mukim
Tanjong Maya.
Hadir selaku tetamu kehormat
majlis, Setiausaha Tetap
(Keselamatan dan Kesejahteraan)
KHEDN, Awang Salminan bin
Haji Burut.
Turut hadir pada majlis
berkenaan ialah Timbalan
Setiausaha Tetap, ketua-ketua
jabatan, pegawai-pegawai kanan,
pegawai-pegawai dan kakitangan
KHEDN dan jabatan-jabatan
di bawahnya serta
penghulu-penghulu mukim,
pemangku penghulu-penghulu
mukim, ketua-ketua kampung,
pemangku-pemangku ketua
kampung dan Ahli-ahli Majlis
Perundingan Mukim dan Kampung
Daerah Tutong berserta penduduk
kampung sekitarnya.
Majlis dimulakan dengan
Sembahyang Fardu Asar
Berjemaah dan diteruskan dengan
Tadarus Al-Quran.
Tadarus dimulakan dengan
bacaan Surah Al-Fatihah yang
dipimpin oleh tetamu kehormat
majlis. Manakala, bacaan Tahlil
serta Doa Selamat dipimpin oleh
Bilal Tingkat II, masjid berkenaan,
Awang Muhammad Nur Hamizan
bin Haji Yakub.
Majlis juga diteruskan dengan
penyampaian derma kepada
anak-anak yatim dan wakaf yang
disampaikan oleh tetamu
kehormat majlis.
Majlis berkenaan bertujuan
untuk menjalinkan hubungan yang
erat dalam kalangan pegawai
dan kakitangan KHEDN dan
jabatan-jabatan di dalamnya
berserta Ahli-ahli Majlis
Perundingan Mukim dan Kampung
dan pemimpin akar umbi serta
menyemarakkan lagi bulan suci
Ramadan.