TUTONG, 12 MAC 2025 – Penyampaian Derma Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong telah diadakan di Tingkat 4, Bilik Mesyuarat Johan Pahlawan, Jabatan Daerah Tutong.
Derma disampaikan oleh Awang Soon Seng Lee wakil Persatuan Kebajikan Masyarakat Tionghua.
Hadir bagi menerima derma berkenaan ialah Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.