TUTONG, 27 MAC 2025 – Seramai 16 buah keluarga yang terdiri daripada golongan yang memerlukan di Daerah Tutong menerima sumbangan daripada Urban Market & DCON Sdn.Bhd sempena Sambutan Hari Raya di Jabatan Daerah Tutong.
Sumbangan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Connie Lyu Qiuping, General Manager wakil DCON Sdn Bhd.
Hadir di acara tersebut Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Pegawai-Pegawai Kanan JDT, serta Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong yg berkenaan yg mewakili penerima.