Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADAN MASJID KAMPUNG LAYONG

Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadan Masjid Kampung Layong 2025.png

​TUTONG 28 MAC 2025 - Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Layong mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan Masjid 1446 Hijrah / 2025 Masihi yang berlangsung di masjid berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas beramai-ramai dan disusuli dengan bacaan Takhtim dan Tahlil.

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Khatam dan Doa Tahlil Arwah serta Dikir Marhaban beramai-ramai. Selepas itu bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Pada majlis itu juga diadakan penyampaian saguhati kepada para peserta khatam yang diraikan dan diserikan dengan Ceramah Menjelang Sungkai yang disampaikan oleh Awang Hamzah bin Haji Jali iaitu penceramah tauliah Majlis Ugama Islam Brunei dengan tajuk ceramah 'Amalan sunat di bulan Ramadan'.



Created at 05/04/2025 14:52 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 05/04/2025 15:17 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar