TUTONG 27 MAC 2025 - Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Telisai dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Telisai telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bertadarus dan penyampaian derma anak-anak yatim di masjid Kampung Telisai Daerah Tutong.
Khatam Al-Qur'an melibatkan jawatankuasa takmir masjid, Muslimah, pemuda dan jemaah. Pada majlis itu, 12 anak yatim dan 30 asnaf terpilih menerima sumbangan yang disampaikan oleh Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong.