Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TAKLIMAT MENGENAI PEMULIHARAAN BUAYA BERASASKAN KOMUNITI DAN PENCEGAHAN ISU KONFLIK MANUSIA

Taklimat Mengenai Pemuliharaan Buaya.png

TUTONG, 23 APRIL 2025 – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) di bawah Bahagian Hidupan Liar, Jabatan Perhutanan telah bekerjasama mengungkayahkan taklimat mengenai pemuliharaan buaya berasaskan komuniti dan pencegahan isu konflik manusia dan dengan menghimpunkan golongan ketua kampung dan pemimpin masyarakat Daerah Tutong dan Belait.

Antara yang hadir pada taklimat setengah hari yang diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong itu ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan; Yang Berhormat Haji Mohammad Danial @ Tekpin bin Ya’akub; Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann dan Pegawai Perhubungan Awam Kedutaan AS di Negara Brunei Darussalam, Hannah Doyle.

​Semasa taklimat berkenaan, para peserta berpeluang menimba pengetahuan tentang tingkah laku buaya, peranan buaya dalam mengekalkan ekosistem yang sihat, dan pencegahan isu konflik manusia dan buaya, sekali gus melengkapkan mereka dengan pengetahuan asas pengurusan buaya dan meningkatkan kesiapsiagaan di kalangan agensi.

​Taklimat itu merupakan sebahagian daripada bengkel pengurusan spesies buaya yang diadakan selama lima hari bersama KSSUP yang diketuai oleh Pakar Herpetologi di Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar, Dr Steven G. Platt.


Created at 24/04/2025 12:03 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar
Last modified at 24/04/2025 12:03 by Hj Astri Azrin Bin Hj Andy Azhar