TUTONG, 26 APRIL 2025 - Umat Islam di negara ini masih lagi terus meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Sehubungan dengan itu, Persatuan Bekas Kakitangan Kerajaan Daerah Tutong (PAKATAN) petang tadi mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri persatuan berkenaan bagi tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.
Majlis berlangsung di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, di sini.
Majlis berkenaan diserikan lagi dengan beberapa persembahan nyanyian daripada ahli-ahli PAKATAN dan juga pertukaran hadiah dalam kalangan ahli yang hadir.
Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma untuk Tabung Kebajikan Anak-anak Yatim Daerah Tutong yang diserahkan kepada tetamu kehormat majlis.